PBB: Krisis Bekalan Air Minum Di Kabul Semakin Meruncing
KABUL, 5 Julai (Bernama-Xinhua) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis bekalan air minum di Kabul, ibu negara Afghanistan, semakin meruncing dan memberi cabaran besar terhadap pembangunan bandar raya itu pada masa depan, lapor Xinhua yang memetik media tempatan TOLOnews pada Ahad.
Menurut TOLOnews, penurunan paras air bawah tanah, pertambahan pesat penduduk dan perubahan iklim telah meningkatkan tekanan terhadap sumber air di Kabul, sekali gus menjadikan bandar raya itu antara kawasan bandar yang paling teruk terjejas di rantau berkenaan.
Pegawai berkata usaha sedang dijalankan bagi menangani kekurangan bekalan air menerusi beberapa projek infrastruktur utama.
Kabul berdepan kekurangan bekalan air minum sejak bertahun-tahun. Walaupun pihak berkuasa berulang kali berusaha menambah baik bekalan air, masalah itu masih menjadi cabaran utama kepada pertambahan penduduk bandar raya itu, menurut laporan berkenaan.
-- BERNAMA-XINHUA
Kata kunci
Berita terkini
- Teknologi Digital, AI Perlu Dimanfaatkan Untuk Pelestarian Seni Kaligrafi - Aaron
- Fahmi Ucap Tahniah Kepada Adelia-Adania Rangkul Gelaran Juara Boling Remaja Dunia
- Jangan Tular Kes Lama Isu Azan Di Sungai Buloh - Polis
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Dalam Soya Dan Olein
- Indonesia Sasar US$5.8 Bilion Dalam Pelaburan Hijau Menerusi Pasaran Karbon