Dua Wanita Indonesia Maut SUV Rempuh Surau
KOTA BHARU, 5 Julai (Bernama) -- Dua wanita Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama-sama empat lagi individu dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 di Jalan Selising-Bukit Merbau, Pasir Puteh, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Azhar Helmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 6.34 pagi dan operasi melibatkan 13 anggota daripada BBP Pasir Puteh serta BBP Ketereh.
“Kejadian melibatkan enam warga Indonesia dengan dua penumpang wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an disahkan meninggal dunia akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Azhar Helmi berkata anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata empat mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan operasi ditamatkan pada 7.44 pagi.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Gempa Bumi: Jordan Pindahkan 21 Rakyatnya Dari Venezuela
- PBB: Krisis Bekalan Air Minum Di Kabul Semakin Meruncing
- Solat Jenazah Besar-Besaran Diadakan Untuk Pemimpin Agung Iran Yang Terkorban
- Pesakit Ebola Pertama Di Perancis Pulih
- Peningkatan Penyalahgunaan Dadah Sintetik, AADK Pantau Penggunaan Fentanil