04/07/2026 07:15 PM

Peru Isytihar Keiko Fujimori Sebagai Presiden 2026-2031

LIMA, 4 Julai (Bernama-Xinhua) -- Presiden Juri Pilihan Raya Kebangsaan Peru, Roberto Burneo pada Jumaat mengisytiharkan Keiko Fujimori daripada parti Popular Force sebagai presiden negara itu bagi penggal 2026-2031, lapor Xinhua.

Menurut kiraan rasmi oleh Pejabat Kebangsaan Proses Pilihan Raya, Fujimori menerima lebih 50 peratus daripada jumlah undi pada pilihan raya presiden yang diadakan pada 7 Jun lepas.

"Bagi pihak Juri Pilihan Raya Kebangsaan, saya secara rasmi mengisytiharkan Keiko Fujimori sebagai Presiden Republik bersama gandingan beliau yang dipilih berdasarkan "kehendak berdaulat" rakyat Peru," kata Burneo pada majlis itu.

Fujimori akan mengangkat sumpah jawatan pada 28 Julai ini, dengan Luis Galarreta sebagai naib presiden pertama dan Miguel Torres sebagai naib presiden kedua.

-- BERNAMA-XINHUA