Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga 6 Petang
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Perak (Manjung dan Perak Tengah) serta Kemaman di Terengganu.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuantan di Pahang, Hulu Langat di Selangor serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.
Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sarikei (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Polis Buru Pelajar Terbabit Kes Pukul Remaja Di Tawau
- Sundang Lambang Ketamadunan Dan Jati Diri Melayu
- Kerajaan Tidak Amal Diskriminasi Politik Dalam Agihan Peruntukan Negeri - Tengku Zafrul
- Pelancaran Pelan Induk JS-SEZ Disusun Secara Strategik Bagi Perkukuh Keyakinan Pelabur
- Jabatan Perikanan Perlu 30 Hari Nilai Dokumen Dikemukakan Thailand