Pendekatan "Top Down" Tidak Memadai Untuk Bangunkan Usahawan Bumiputera - PM Anwar
PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru usahawan berjaya dijadikan mentor kepada syarikat dan usahawan baharu, kerana pengalaman sebenar mereka dalam dunia perniagaan lebih bermakna berbanding hanya bergantung pada pendekatan teori.
Beliau berkata pembangunan usahawan tidak seharusnya dilaksanakan secara “top down”, sebaliknya perlu dipandu oleh mereka yang mempunyai pengalaman mengurus dan membangunkan perniagaan.
“Pedekatannya tidak seharusnya top down, kerana orang yang tahu macam mana modal pusingan, harga barang, ketentuan pasaran, semua itu orang yang dalam lapangan harus tahu. Kita hanya menjadi pembangkit, bukan semestinya pengajar,” kata beliau ketika merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di sini hari ini.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri mencadangkan agar usahawan berjaya bekerjasama dengan syarikat baharu, selain diundang sebagai penceramah bagi berkongsi pengalaman dalam membangunkan perniagaan.
Terdahulu, Anwar merasmikan SParK 2026: Transformasi Niaga, platform utama PUNB, dengan agensi itu menyasarkan kelulusan pembiayaan hingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030 bagi memperkukuh pembangunan usahawan bumiputera.
Sasaran di bawah Kerangka Strategik R30 itu, bertujuan mempercepat pertumbuhan syarikat bumiputera, meningkatkan keupayaan penskalaan komersial, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti serta mengukuhkan rantaian bekalan utama negara.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Polis Buru Pelajar Terbabit Kes Pukul Remaja Di Tawau
- Sundang Lambang Ketamadunan Dan Jati Diri Melayu
- Kerajaan Tidak Amal Diskriminasi Politik Dalam Agihan Peruntukan Negeri - Tengku Zafrul
- Pelancaran Pelan Induk JS-SEZ Disusun Secara Strategik Bagi Perkukuh Keyakinan Pelabur
- Jabatan Perikanan Perlu 30 Hari Nilai Dokumen Dikemukakan Thailand