Geran Uyarvu MADANI Terima 1,340 Permohonan Dalam Tempoh Lima Hari
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Program Bantuan Geran Uyarvu MADANI oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah menerima sebanyak 1,340 permohonan setakat tengah hari ini, hanya lima hari selepas dilancarkan.
Ketua Pengarah MITRA N. Raveendran Nair berkata permohonan bagi program itu mungkin ditutup lebih awal sekiranya jumlah sasaran 1,500 permohonan dicapai sebelum tempoh ditetapkan.
Beliau berkata sebanyak 700 usahawan yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria pemilihan akan dipilih sebagai penerima bantuan menerusi program itu.
“Sambutan yang memberangsangkan itu mencerminkan permintaan tinggi dalam kalangan usahawan mikro dan kecil terhadap bantuan kewangan bagi mengembangkan serta memperkukuh perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Program terbabit yang dilancarkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan pada 29 Jun lepas, menawarkan geran sehingga RM50,000 kepada usahawan masyarakat India yang layak mengikut kategori perniagaan masing-masing.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Johor Sentiasa Jadi Keutamaan Kerajaan Persekutuan - Ramanan
- PRN: Manifesto PH Idea Asli Pimpinan - Amirudin
- PRN Johor: MCMC Buka Pusat Aduan Komunikasi Dan Multimedia
- Pemindahan SJKT Ladang Sungai Muar Kini Dalam Proses Pemilikan Tanah - Yuneswaran
- Thailand Sampaikan Pampasan Kepada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom Tak Bai