03/07/2026 07:58 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai. 

Kontrak Julai 2026 dan September 2026 naik 18.5 mata masing-masing kepada 1,687.0 dan 1,668.5, manakala Ogos 2026 meningkat 19.5 mata kepada 1,689.0, dan Disember 2026 melonjak 17.5 mata kepada 1,670.0. 

Jumlah dagangan menokok kepada 5,513 lot daripada 5,272 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 33,787 kontrak daripada 32,961 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 17.22 mata kepada 1,679.05 berbanding 1,661.83 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA