03/07/2026 06:24 PM

Malaysia Lantik Mohamad Sabu Sebagai Wakil Ke Upacara Pengebumian Pemimpin Tertinggi Iran

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia melantik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai wakil pada upacara pengebumian rasmi Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyed Ali Khamenei, di Tehran pada Jumaat.

Menurut Kementerian Luar dalam kenyataan, Mohamad juga akan bertemu kepimpinan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati Malaysia kepada kerajaan dan rakyat negara itu.

“Malaysia amat sedih dengan kehilangan ini dan berdiri dalam solidariti dengan kepimpinan dan rakyat Iran semasa tempoh berkabung ini,” menurut kenyataan itu.

Khamenei terbunuh dalam serangan udara bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada 28 Feb 2026.

-- BERNAMA