03/07/2026 07:01 PM

37,880 Kenderaan Di Sarawak Layak Mohon SKDS

KUCHING, 3 Julai (Bernama) -- Sebanyak 37,880 kenderaan di Sarawak layak memohon di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) namun setakat ini hanya lebih 26,000 kenderaan telah berdaftar. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin berkata masih banyak kenderaan yang layak tetapi belum berdaftar di bawah sistem berkenaan.

“Jadi kita mahu jemput pemilik kenderaan dan syarikat berkenaan di Sarawak untuk mengemukakan permohonan sama ada dengan hadir sendiri ke pejabat KPDN atau secara dalam talian menerusi portal MySubsidi.

“Saya juga mohon pemilik kenderaan untuk menyemak kelayakan masing-masing bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan ke beberapa stesen minyak sekitar Kuching sempena pelaksanaan SKDS Sistem di Sarawak hari ini.

-- BERNAMA