Lambakan Durian: Pengusaha Perlu Kreatif Hasil Produk Nilai Tambah - Exco
SUNGAI SIPUT, 3 Julai (Bernama) -- Pengusaha durian perlu kreatif menghasilkan produk nilai tambah seperti tempoyak dan pes durian dalam usaha mengatasi lambakan buah durian ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata pengusaha tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada jualan buah segar kerana terdapat pelbagai peluang pasaran yang boleh diterokai melalui produk berasaskan durian.
"Sekiranya pengusaha durian mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan produk berasaskan durian, kita boleh memasarkan durian dalam pelbagai bentuk.
"Selain dijual segar, durian boleh diproses menjadi pes untuk pasaran eksport dan juga tempoyak yang mendapat permintaan tinggi terutama di luar musim durian," katanya selepas sesi walkabout pada Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang di Arena Sungai Siput di sini hari ini.
Mohd Zolkafly berkata antara kawasan yang mempunyai pusat pemprosesan durian di negeri itu ialah di Batu Kurau, Taiping dan Chui Chak, Langkap yang membolehkan pekebun menghantar hasil mereka terus kepada operator untuk diproses dan dipasarkan.
Beliau berkata kerajaan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membantu memperkukuh pemasaran durian dengan menyediakan 90 pusat penjualan di seluruh negara serta menetapkan harga RM2.70 sekilogram bagi durian kampung.
Katanya musim durian kini menghampiri penghujung dengan pengeluaran semakin berkurangan dan harga pasaran dijangka kembali stabil.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- 37,880 Kenderaan Di Sarawak Layak Mohon SKDS
- Tiga Pengiktirafan Jadi Pembakar Semangat KKR Perkukuh Penyampaian Perkhidmatan
- SC Pelawa Input Awam Mengenai Cadangan Perkukuh Ekosistem Tadbir Urus Korporat
- Polis Thailand Tahan Lelaki Bantu Siasatan Letupan Bom Tak Bai
- Bursa Malaysia PLC Pertama Malaysia Catat Skor ESG Tertinggi FTSE4Good