Jangan Politikkan Isu JS SEZ - PM
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut perancangan dan melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini projek Kerajaan Persekutuan tentunya dengan kerjasama kerajaan negeri, dan soal nak mengumumkan (atau) tandatangan, itu soal Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini hari ini.
Anwar mengulas kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam yang menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman Pelan Induk JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negeri berkenaan terus diperkukuh.
Perdana Menteri turut mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mempolitikkan isu berkaitan JS-SEZ, dan segala isu yang dibangkitkan telah pun dijelaskan oleh Kementerian Ekonomi semalam.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Minat Memancing Dorong Bakal Pesara Tentera Ceburi Perniagaan Bot
- Pasaran Getah Meningkat Semula Susulan Kenaikan Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau
- Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Permintaan Aset Selamat Berterusan
- Tinggal Kerjaya Demi Minat, Kini Gubahan Pulut Kuning Jadi Buruan Pelanggan
- BUDI Diesel Bantu Peniaga Pasar Besar Larkin Imbangi Kos Operasi, Depani Cabaran Perniagaan