03/07/2026 04:12 PM
Malaysia Lantik Mohamad Sabu Sebagai Wakil Upacara Pengebumian Pemimpin Tertinggi Iran
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia melantik Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai wakil pada upacara pengebumian rasmi Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyed Ali Khamenei, di Tehran pada Jumaat.
Menurut Kementerian Luar dalam kenyataan, Mohamad juga akan bertemu kepimpinan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati Malaysia kepada kerajaan dan rakyat negara itu.
“Malaysia amat sedih dengan kehilangan ini dan berdiri dalam solidariti dengan kepimpinan dan rakyat Iran semasa tempoh berkabung ini,” menurut kenyataan itu.
Khamenei terbunuh dalam serangan udara bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada 28 Feb 2026.
-- BERNAMA
Berita terkini
- SC Pelawa Input Awam Mengenai Cadangan Perkukuh Ekosistem Tadbir Urus Korporat
- Bursa Malaysia PLC Pertama Malaysia Catat Skor ESG Tertinggi FTSE4Good
- KKM Rombak Sistem Penarafan Triaj Hospital Awam, Perkukuh Penilaian Pesakit Kecemasan
- BAJC: Gandingan Muda Negara Ke Separuh Akhir Beregu Wanita, Beregu Campuran
- Lambakan Durian: Pengusaha Perlu Kreatif Hasil Produk Nilai Tambah - Exco