PM Anwar Terima Kunjungan Ketua Perangkawan Sempena Persaraan
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersempena dengan persaraan wajib beliau pada 8 Julai ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri merakamkan penghargaan atas khidmat bakti dan dedikasi Mohd Uzir dalam memperkukuh institusi statistik negara, yang menjadi asas penting kepada penggubalan dasar serta perancangan pembangunan Malaysia.
Dalam hantaran itu, Anwar turut memuat naik gambar kunjungan Mohd Uzir yang dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 14 Feb 2017.
Mohd Uzir yang berkelulusan Doktor Falsafah Ekonomi dari University of Sheffield, United Kingdom mula menyertai perkhidmatan perangkawan pada 1990.
-- BERNAMA
Berita terkini
- 37,880 Kenderaan Di Sarawak Layak Mohon SKDS
- Tiga Pengiktirafan Jadi Pembakar Semangat KKR Perkukuh Penyampaian Perkhidmatan
- SC Pelawa Input Awam Mengenai Cadangan Perkukuh Ekosistem Tadbir Urus Korporat
- Polis Thailand Tahan Lelaki Bantu Siasatan Letupan Bom Tak Bai
- Bursa Malaysia PLC Pertama Malaysia Catat Skor ESG Tertinggi FTSE4Good