Laluan Smart Lane Bandar Saujana Putra–Putra Heights Ditutup Mulai Isnin
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Laluan Smart Lane dari Bandar Saujana Putra ke Putra Heights (Arah Utara) di Kilometer (KM) 15.9 hingga KM13.9 di Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) akan ditutup sementara selama lima bulan bermula pada Isnin depan.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan hingga 3 Disember itu bertujuan memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan di KM14.4 lebuh raya berkenaan sebagai usaha menambah baik infrastruktur serta keselamatan pengguna.
“Tiga lorong sedia ada di laluan terlibat dibuka seperti biasa sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna,” menurut kenyataan itu.
PLUS turut menyarankan pengguna untuk merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini dan mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya - PUTRI, aplikasi X @plustrafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- SC Pelawa Input Awam Mengenai Cadangan Perkukuh Ekosistem Tadbir Urus Korporat
- Bursa Malaysia PLC Pertama Malaysia Catat Skor ESG Tertinggi FTSE4Good
- KKM Rombak Sistem Penarafan Triaj Hospital Awam, Perkukuh Penilaian Pesakit Kecemasan
- BAJC: Gandingan Muda Negara Ke Separuh Akhir Beregu Wanita, Beregu Campuran
- Lambakan Durian: Pengusaha Perlu Kreatif Hasil Produk Nilai Tambah - Exco