Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih lemah.
Harga minyak mentah yang lebih rendah secara umumnya menjejaskan harga minyak sawit mentah (MSM), sekali gus memberi kesan kepada permintaan biodiesel memandangkan biodiesel diadun bersama diesel berasaskan petroleum.
Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan semerta Julai 2026 susut RM40 kepada RM4,445 satu tan metrik, manakala Ogos 2026 merosot RM50 kepada RM4,478 setan, dan September 2026 berkurangan RM51 kepada RM4,506 satu tan.
Jumlah dagangan susut kepada 60,311 lot daripada 63,855 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 288,316 kontrak daripada 288,117 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan susut RM50 kepada RM4,489 satu tan.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Warga Asing
- Somnath Ghosh Dilantik Pesuruhjaya Tinggi Baharu India Ke Malaysia
- Pengukuhan Ringgit Dorong Eksport Malaysia Lebih Kompetitif Di Pasaran Luar Negara - MITI
- Penemuan Mayat Bekas Banduan Diklasifikasi Kes Mati Mengejut - Polis
- AS Sumbang RM1 Juta Bagi Projek Restorasi Tugu Negara