Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Terhadap Aset Selamat
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur beralih kepada aset selamat, walaupun prestasi yang lebih lemah dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2026 mengukuh kepada US$4,078.80 setiap auns troy daripada US$4,013.90 setiap auns troy ketika ditutup pada Rabu, Ogos 2026 naik kepada US$4,101.10 setiap auns troy daripada US$4,026.70 setiap auns troy semalam, September 2026 menokok kepada US$4,113.90 setiap auns troy daripada US$4,045.80 setiap auns troy.
Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026, kedua-duanya melonjak kepada US$4,133.00 setiap auns troy daripada US$4,045.80 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 181 lot daripada 160 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 264 kontrak daripada 224 kontrak sebelumnya.
Sementara itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,089.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 1 Julai, 2026.
-- BERNAMA
Berita terkini
- PRN Johor: Isu Penyelenggaraan Jalan Perlu Komitmen Semua Pihak - Ahmad
- Lapan Sami Terkorban Lori Pikap Rempuh Kumpulan Penziarah Keagamaan
- FAMA Perlis Rangka Langkah Proaktif Atasi Lebihan Pengeluaran Durian
- Penduduk Di Bukit Bertam Bantah Projek Ladang Ayam Baharu
- Lelaki Melecur 70 Peratus Ketika Cuba Padam Kebakaran Di Rumah