Lelaki Melecur 70 Peratus Ketika Cuba Padam Kebakaran Di Rumah
ALOR SETAR, 2 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki melecur 70 peratus pada bahagian badan ketika cuba memadamkan kebakaran di rumahnya di Kampung Padang Perahu dekat Jitra, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.32 petang tadi sebelum tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.
“Sebanyak 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang tiba di lokasi mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah rumah Kelas B dua tingkat.
“Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan struktur rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Jurucakap itu berkata mangsa diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Jitra.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Tanah Terbiar Perlu Dibangunkan Secara Produktif - Sultan Pahang
- Kerajaan Tawar Diskaun 10 Peratus Pembelian Rumah Sempena AREC 2026 - Nga
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
- PRN Johor: Isu Penyelenggaraan Jalan Perlu Komitmen Semua Pihak - Ahmad
- Lapan Sami Terkorban Lori Pikap Rempuh Kumpulan Penziarah Keagamaan