02/07/2026 07:17 PM
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai.
Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing menambah 7.5 mata kepada 1,668.5, 1,669.5 dan 1,650.0, manakala kontrak Disember 2026 meningkat 6.5 mata kepada 1,652.5.
Jumlah dagangan merosot kepada 5,272 lot daripada 7,205 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 32,961 kontrak daripada 33,937 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.0 mata atau 0.30 peratus kepada 1,661.83 berbanding 1,656.83 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- FAMA Perlis Rangka Langkah Proaktif Atasi Lebihan Pengeluaran Durian
- Penduduk Di Bukit Bertam Bantah Projek Ladang Ayam Baharu
- Lelaki Melecur 70 Peratus Ketika Cuba Padam Kebakaran Di Rumah
- Operasi Lapangan Terbang Labuan Tergendala Susulan Penemuan Bom Lama
- Tiga Gajah Malaysia Di Jepun Rekod Peningkatan Berat Badan - MPT