01/07/2026 07:29 PM

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata indeks diniagakan dalam zon positif untuk sebahagian besar hari tersebut sebelum aktiviti pengambilan untung meningkat pada minit-minit akhir, mencerminkan pendirian pelabur yang berhati-hati berikutan kekurangan pemangkin pasaran baharu.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 7.23 mata kepada 1,656.83 daripada 1,664.06 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.29 mata kepada 1,665.35 dan meningkat kepada paras tertinggi harian pada 1,670.99 pada sesi pertengahan pagi sebelum kehilangan momentum pada 10 minit terakhir, mendorong indeks kepada paras terendah pada sesi penutup dagangan.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 526 berbanding 448 manakala 559 kaunter tidak berubah, 1,088 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 2.51 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 2.91 bilion unit bernilai RM2.77 bilion semalam.

Mohd Sedek berkata walaupun ditutup rendah, pembelian bersih sebanyak RM199 juta oleh pelabur institusi tempatan semalam dijangka terus menyediakan penampan penting terhadap tekanan jualan asing yang berterusan.

“Bagaimanapun, sentimen pasaran dalam masa terdekat dijangka kekal tidak stabil sehingga wujud pemangkin domestik yang lebih kukuh atau terdapat kejelasan yang lebih baik mengenai prospek kadar faedah global,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun 12 sen kepada RM10.66, Public Bank merosot lima sen kepada RM4.75, Tenaga Nasional berkurangan lapan sen kepada RM14.20 dan IHH menyusut 10 sen kepada RM8.30 manakala CIMB naik satu sen kepada RM7.42.

Bagi kaunter aktif, Tanco dan VS Industry, masing-masing mendatar pada 17.5 sen dan 20 sen manakala Dagang NeXchange meningkat 3.5 sen kepada 45 sen, Silver Ridge dan GIIB, masing-masing naik 4.5 sen kepada 17.5 sen dan 51 sen.

Kaunter paling untung ialah Critical Holdings melonjak 32 sen kepada RM1.41, YTL Power meningkat 29 sen kepada RM4.47, Pentamaster naik 16 sen kepada RM4.94, Ayer Holdings menokok 20 sen kepada RM7.20 dan UMS Integration melonjak 28 sen kepada RM8.49.

Kaunter paling rugi ialah Nestle menurun RM1.70 kepada RM91.76, Malaysian Pacific Industries merosot 66 sen kepada RM49.00, Kuala Lumpur Kepong berkurangan 18 sen kepada RM20.98, Gas Malaysia menyusut 10 sen kepada RM5.20 dan PPB merosot 13 sen kepada RM9.16.

Indeks FBM Emas berkurangan 35.99 mata kepada 12,349.12, Indeks FBM Top 100 menurun 39.62 mata kepada 12,175.42 dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 43.13 mata kepada 12,240.72.

Indeks FBM Mid 70 berkurangan 1.09 mata kepada 17,916.37 manakala Indeks FBM ACE meningkat 45.31 mata kepada 4,868.74.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 124.89 mata kepada 19,485.77, Indeks Tenaga meningkat 4.91 mata kepada 756.55, Indeks Perladangan menurun 11.72 mata kepada 8,843.04 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menyusut 0.24 mata kepada 180.39.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.37 bilion unit bernilai RM2.00 bilion daripada 1.52 bilion unit bernilai RM2.48 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 643.76 juta unit bernilai RM70.74 juta daripada 883.88 juta unit bernilai RM111.20 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menurun kepada 496.33 juta unit bernilai RM185.67 juta daripada 502.82 juta unit bernilai RM176.25 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 151.37 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (331.21 juta), pembinaan (67.01 juta), teknologi (274.67 juta), perkhidmatan kewangan (48.29 juta), hartanah (218.33 juta), perladangan (16.07 juta), amanah pelaburan hartanah (12.16 million), dana tertutup (5,000), tenaga (64.04 juta), penjagaan kesihatan (52.38 juta), telekomunikasi dan media (30.38 juta), pengangkutan dan logistik (27.60 juta), utiliti (80.47 juta) dan amanah perniagaan (80,500).

-- BERNAMA