Tiada Williams Atau Pino, Kecergasan Yamal Bakar Semangat Sepanyol Menjelang Aksi Lawan Austria
NEW YORK, 1 Julai (Bernama-Xinhua) -- Sepanyol akan kehilangan dua pemain utama untuk perlawanan pusingan 32 Piala Dunia menentang Austria di Los Angeles pada Khamis, namun Lamine Yamal dijangka memainkan peranan penting bagi jurulatih Luis de la Fuente, lapor Xinhua.
Perlawanan kumpulan terakhir Sepanyol menentang Uruguay pada Jumaat menyaksikan Nico Williams mengalami kecederaan pangkal paha selepas sentuhan kasar Nicolas de la Cruz, manakala Yeremy Pino mengalami kecederaan bahu berikutan satu lagi terjahan keras.
Walaupun kecederaan mereka tidak serius, kedua-dua pemain tidak cergas untuk berdepan Austria dan kedua-duanya dilihat mungkin tidak dapat diturunkan untuk perlawanan pusingan 16 terakhir jika Sepanyol layak, menyebabkan De la Fuente ketiadaan dua pemain.
Berita baik untuk jurulatih Sepanyol itu ialah kecergasan Yamal terus meningkat seiring kejohanan berlangsung, daripada 19 minit dalam perlawanan kumpulan pertama Sepanyol menentang Cabo Verde kepada 45 minit penentuan dengan Arab Saudi dan 76 minit menentang Uruguay setelah beliau pulih daripada kecederaan hamstring serius yang dialaminya pada penghujung musim lepas.
Dengan Williams dan Pino diketepikan, Alex Baena nampaknya akan bermula di sayap kiri selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Uruguay.
Di bahagian lain, De la Fuente dijangka akan kekal dengan pertahanan yang masih belum dibolosi gol di Piala Dunia, dengan Aymeric Laporte dan Pau Cubarsi di pertahanan tengah dan Marcos Llorente dan Marc Cucurella sebagai bek sayap di hadapan Unai Simon yang kebal digoyah.
Pedri, Rodri Hernandez dan Fabian Ruiz akan bermula pada bahagian tengah manakala Mikel Merino, seorang lagi pemain yang kembali cergas sepenuhnya, menunggu peluang.
Akhir sekali, pemain sayap Victor Munoz boleh dimanfaatkan usai bergelut dengan kecederaan betis, dan jika perlu, pemain berusia 22 tahun itu juga mampu mengasak serangan di bahagian sayap.
-- BERNAMA-XINHUA
Kata kunci
Berita terkini
- PH Tawar Agenda Pembangunan Mampan, Gilap Potensi Johor - Amirudin
- Palestin Beri Amaran Pelan Israel Rampas 100 Lokasi Di Tebing Barat
- Macron, Ketua WHO Beri Amaran Dunia Digital Pengaruhi Kesihatan Kanak-kanak
- PRN Johor Unik, Medan Terjemah Kematangan Demokrasi
- Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala