01/07/2026 10:02 PM

Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Pelaksanaan Program Biodiesel B50 Indonesia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh sentimen yang timbul susulan pelaksanaan program biodiesel B50 Indonesia.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata prestasi eksport yang lebih kukuh pada Jun turut menyokong sentimen pasaran. 

“Kami melihat paras sokongan melebihi RM4,500 setan, dengan paras rintangan pada RM4,680,” katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2026 meningkat semula RM11 kepada RM4,485 setan, Ogos 2026 menambah RM10 kepada RM4,528 dan September 2026 menokok RM11 kepada RM4,557 setan. 

Sementara itu, Oktober 2026 meningkat RM12 kepada RM4,581 setan, November 2026 mengukuh RM15 kepada RM4,605 dan Disember 2026 menokok RM17 kepada RM4,632.

Jumlah dagangan susut kepada 63,855 lot daripada 75,359 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 288,117 kontrak daripada 288,947 sebelumnya. 

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan menambah RM20 kepada RM4,520 setan. 

-- BERNAMA