Pelan Induk, Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dilancarkan Pada Suku Keempat 2026
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata dokumen itu telah disediakan manakala agensi kerajaan kini berusaha untuk melaksanakan pelaburan yang telah dijanjikan bagi zon ekonomi tersebut.
"Saya berpandangan kita boleh lebih meneroka butiran dokumen itu apabila tiba masanya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Eksekutif JS-SEZ 2026 di sini, hari ini.
Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ akan menjadi panduan hala tuju komprehensif, dengan menetapkan kerangka strategik, sistematik dan kolaboratif bagi fasa seterusnya pembangunan ekonomi rentas sempadan itu.
Pesuruhjaya Persekutuan dan Pengarah Pengurusan Korporat dan Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) , Nor Hisham Mohd Yusof berkata pelan tindakan yang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Ekonomi itu akan memperincikan bidang tumpuan pelaburan utama, sektor keutamaan, penambahbaikan infrastruktur serta pembangunan ekosistem bakat.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Pelaksanaan Program Biodiesel B50 Indonesia
- JKPTG Laksana Program Sekolah, Kampung Angkat MADANI Di Temerloh
- Tiada Williams Atau Pino, Kecergasan Yamal Bakar Semangat Sepanyol Menjelang Aksi Lawan Austria
- Empati Manusia Tidak Mampu Diganti AI
- Saman 1MDB Terhadap Standard Chartered Diteruskan Untuk Perbicaraan Di Singapura