Imigresen Serbu Empat Premis Di Kulim, 17 Pati Ditahan
KULIM, 29 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) Kedah menahan 17 pendatang tanpa izin dalam serbuan yang dijalankan di empat premis sekitar daerah ini pada 10 pagi semalam.
JIM Kedah menerusi kenyataan memaklumkan operasi dijalankan hasil maklumat risikan sepasukan 15 pegawai daripada Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa JIM kedah di bawah Ops Mahir, Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Kutip.
"Sebanyak 35 individu diperiksa terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, 23 warga Bangladesh, lapan warga Pakistan dan seorang warga Thailand.
“Pemeriksaan mendapati 17 warga asing berumur antara 22 hingga 54 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan individu yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Bangladesh, tujuh warga Pakistan dan seorang warga Thailand.
"Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas atau permit dikeluarkan.
"Sepanjang operasi, dua Borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi siasatan lanjut dan kesemua ditahan dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: Tiga Calon PH Bertembung Calon BN, Senyum Bukti Kematangan Kempen
- Letupan Bom Di Narathiwat: Dua Rakyat Malaysia Cedera Guna Laluan Sah - Polis
- PRN Johor: 24,677 Kertas Undi Pos Dikeluarkan Hari Ini - SPR
- Seorang Lemas, Lima Selamat Dalam Kejadian Bot Nelayan Terbalik
- Ahli Parlimen Gesa Langkah Lebih Tuntas Tangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak