KSN Serah Surat Penempatan Kepada Tiga Pegawai Kanan Kerajaan
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menyerahkan surat penempatan baharu kepada tiga pegawai kanan kerajaan.
Shamsul Azri menerusi hantaran di Facebook berkata pegawai berkenaan ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin yang ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala), Kementerian Luar Negeri, berkuat kuasa esok.
Beliau berkata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Mohd Azman Yacob pula ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan Kementerian Luar Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa, ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) kementerian itu mulai 2 Julai ini.
“Selamat menjalankan tugas dan menggalas amanah dengan penuh dedikasi,” katanya.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: Tiga Calon PH Bertembung Calon BN, Senyum Bukti Kematangan Kempen
- Letupan Bom Di Narathiwat: Dua Rakyat Malaysia Cedera Guna Laluan Sah - Polis
- PRN Johor: 24,677 Kertas Undi Pos Dikeluarkan Hari Ini - SPR
- Seorang Lemas, Lima Selamat Dalam Kejadian Bot Nelayan Terbalik
- Ahli Parlimen Gesa Langkah Lebih Tuntas Tangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak