PRN Johor: Saingan Tiga Penjuru Menanti Dr Adham Baba Di Pasir Raja
KOTA TINGGI, 27 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang membuat kemunculan semula dalam pentas pilihan raya berdepan saingan tiga penjuru untuk memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Dr Adham yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh Mohd Fakharuddin Moslim daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Perikatan Nasional (PN) Yuhanita Yunan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pasir Raja Nurul Aishah Mohamadon mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 10.43 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Arena Segitiga di sini.
Kemunculan semula Dr Adham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara menjadi tumpuan pada PRN kali ini memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja selama dua penggal bermula 2008 hingga 2018.
Beliau kemudian beralih ke Parlimen Tenggara semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, namun tidak dicalonkan pada PRU15.
PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara
- Penerbit Bernama Radio Dinobat Pemenang Anugerah Liputan Media RKB
- Kerajaan Laksana 23 Inisiatif, Kurangkan Kebergantungan Import Ramuan Halal Kritikal
- Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI
- 16 Warden Bekas ATM Bertugas Di Lapan MRSM Mulai 1 Julai