Dunia 29/09/2026 02:35 PM

Xi Seru Usaha Majukan Inisiatif China Aman

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Xi Seru Usaha Majukan Inisiatif China Aman
Kredit: CMG

BEIJING, 29 Sept (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menyeru usaha dipergiat untuk memajukan Inisiatif China Aman ke tahap yang lebih tinggi bagi memastikan kemajuan berterusan dicapai dalam proses pemodenan negara.

Beliau berkata aspek pembangunan dan keselamatan perlu diberi penekanan secara seiringan, selain usaha memperkukuh sistem keselamatan negara.

Xi turut menegaskan kepentingan meningkatkan tahap pengurusan keselamatan awam, menambah baik sistem tadbir urus sosial serta mencegah dan menangani pelbagai risiko.

China akan bergerak ke arah menjadi negara yang lebih selamat dengan masyarakat lebih teratur, tadbir urus lebih cekap dan rakyat yang berpuas hati, tambah beliau.

Arahan Xi itu disampaikan pada persidangan mengenai usaha memajukan Inisiatif China Aman yang berlangsung di Beijing pada Isnin.

Untuk rekod, China merupakan antara negara yang mencatatkan kadar jenayah dan kes pembunuhan terendah di dunia.

 -- BERNAMA-CMG