Kementerian Komunikasi Buka Dua Pusat Media Sempena PRN Johor
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan serta penyebaran maklumat kepada pengamal media.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan pusat media berkenaan terletak di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sabak Awor, Muar dan Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, Larkin yang beroperasi mulai hari ini hingga 11 Julai dari 9 pagi hingga 9 malam.
“Para pengamal media diundang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan serta mendapatkan maklumat di pusat media itu,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan 100 NADI di seluruh Johor turut berfungsi sebagai pusat media sokongan yang beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang, dengan senarai NADI boleh disemak melalui pautan https://www.nadi.my/lokasi-nadi.
DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas, menyaksikan SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon manakala 7 Julai bagi pengundian awal dan 11 Julai pula hari mengundi.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara
- Penerbit Bernama Radio Dinobat Pemenang Anugerah Liputan Media RKB
- Kerajaan Laksana 23 Inisiatif, Kurangkan Kebergantungan Import Ramuan Halal Kritikal
- Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI
- 16 Warden Bekas ATM Bertugas Di Lapan MRSM Mulai 1 Julai