PSM Pertaruh Calon Tunggal Pada PRN Johor
JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menamakan Amir Syafiq Ameer Soekre untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.
Timbalan Pengerusi PSM S. Arutcelvan berkata keputusan parti mengetengahkan calon tunggal pada PRN Johor bagi memberikan tumpuan di kawasan berpotensi memberi impak kepada perjuangan parti di samping mengambil kira kos pilihan raya yang tinggi.
“Pilihan raya ini mahal dan kebiasaannya hanya parti besar mempunyai sumber mencukupi. Jadi PSM memilih untuk bertanding di kawasan strategik yang boleh memberi impak terbaik kepada parti,” katanya pada sidang media calon PSM sempena PRN Johor di sini hari ini.
Beliau berkata DUN Skudai dipilih kerana ia kawasan bandar yang berdepan pelbagai isu melibatkan golongan pekerja dan perumahan, selain selari dengan agenda PSM membawa suara masyarakat.
Amir Syafiq, 40, yang merupakan Setiausaha PSM Johor dan aktivis hak pekerja mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Teesside University, United Kingdom.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Piala Dunia FIFA : Rekod Kehadiran 4.6 Juta Penonton, 300,000 Hot Dog Terjual
- PRN Johor: Arthur Chiong Optimis Pertahan DUN Bukit Batu Bersandarkan Rekod Khidmat
- Pengusaha Pelancongan Asing Didapati Guna Penama Tempatan Di Semporna - ESSCOM
- Pengguna Puji Keselesaan LRT3 Laluan Shah Alam, Memudahkan Perjalanan
- KPK Sasar Pengeluaran Lada Premium Negara Naik Kepada 39,000 Tan Metrik Menjelang 2030