Bersama Umum Calon PRN Johor Jumaat Ini
KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) -- Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan mengumumkan barisan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru, Jumaat ini.
Pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata setakat ini, pihaknya sudah menyelesaikan tapisan senarai calon, namun tidak menyatakan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu.
"Saya baru buka dalam seminggu lebih ini, permohonan kepada individu yang berminat untuk menjadi calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan dan kita sudah ada lebih 300 calon yang tampil.
"Calon-calon ini kena isi borang, kena melalui proses temu duga, malah soalan yang ditanya secara rawak berdasarkan maklumat peribadi dan pengalaman," katanya ketika berucap pada Jelajah Kancil di Pantai Cahaya Bulan di sini malam ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Pemerkasaan Pelancongan Komuniti, Produk Tempatan Tingkat Ekonomi DUN Rim - ADUN
- Anwar Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish Muncul Juara GP Czech
- Pengguna Diesel Sambut Baik Penurunan Harga Kepada RM2.10 Seliter
- Pempengaruh Hilang Ditemukan Lemah Dalam Tandas Di Taman Botanikal
- 57 Motosikal Disita, 306 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu