Jenazah Suami Nancy Shukri Selamat Dikebumikan Di Kuching
KUCHING, 19 Jun (Bernama) -- Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini pada 5.15 petang tadi.
Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengebumian Allahyarham yang dihadiri kira-kira 100 orang, terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat.
Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.50 tengah hari tadi sebelum dibawa ke kediaman keluarga bagi solat jenazah.
Semalam, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada usia 65 tahun.
Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga orang anak.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Nyawa Pengarah Hospital Gaza Yang Ditahan Dalam Bahaya - NGO
- Angka Korban Gempa Bumi Di Venezuela Meningkat Kepada 2,954 Orang
- Lebih 842,000 Isi Rumah Di AS Terputus Bekalan Elektrik Pada Hari Kemerdekaan
- Presiden Iran Kritik Sikap Berdiam Diri Antarabangsa Terhadap Tindakan Israel
- Pakistan, Turkiye Ikrar Perkukuh Hubungan Ekonomi Semasa Lawatan Shehbaz Ke Istanbul