Scanwolf Peroleh Projek Substruktur Bernilai RM75 Juta Di KL
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd (SCB) memperoleh kontrak berjumlah RM75 juta bagi kerja-kerja penanaman cerucuk dan substruktur melibatkan projek pembangunan bercampur 74 tingkat di Jalan Pavilion, Kuala Lumpur.
Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, anak syarikat milik penuhnya, Scanwolf Trading & Construction Sdn Bhd telah menerima surat lantikan daripada Hallson Construction Sdn Bhd.
Projek itu dijalankan bagi pihak Tetuan Armani Hallson Sdn Bhd.
Ia dijadualkan bermula hari ini, iaitu 16 Jun 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan menjelang 15 Jun 2028.
Syarikat itu berkata projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, 2027 dan 2028.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Laluan Baharu AirAsia Hubung Jakarta-Kota Bharu Bakal Rancakkan Pelancongan Kelantan
- Pusat Darah Negara Sasar Kadar Derma Darah Capai Tiga Peratus
- Harga Minyak Dijangka Kekal Premium Risiko US$5-US$10 Setong Walaupun Wujud MoU AS-Iran -- Rystad Energy
- KPJ Healthcare Terus Memajukan Sistem Kesihatan KPJ, Perluas AI Dalam Penjagaan Kesihatan
- Wakil Media Antara 208 Pemain Golf Beraksi Pada Piala Mazda 2026