Anggaran Kerosakan Infrastruktur Akibat Gempa Sarangani Cecah PHP1 Bilion
MANILA, 14 Jun (Bernama-PNA) -- Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina memaklumkan anggaran kerosakan infrastruktur akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Maasim, Sarangani pada 8 Jun dianggarkan mencecah kira-kira 1 bilion peso Filipina (PHP).
Bilangan rumah yang rosak mencecah 54,000 unit, termasuk 44,100 mengalami kerosakan separa dan 9,900 lagi musnah sepenuhnya, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
OCD pada Ahad berkata jumlah kematian akibat gempa bumi itu yang masih dalam proses pengesahan meningkat kepada 61 orang.
Sehingga laporan ini ditulis, jumlah mangsa cedera direkodkan seramai 1,403 orang, manakala 40 lagi masih hilang.
Dalam mesej kepada media, pegawai maklumat awam OCD Diego Mariano berkata kematian yang sedang disahkan melibatkan tujuh kes di Wilayah 11 (Davao) dan 54 kes di Wilayah 12 (Soccsksargen).
Daripada jumlah mangsa cedera, seorang dilaporkan di Wilayah Autonomi Bangsamoro di Muslim Mindanao, 46 orang di Wilayah 11 dan 1,356 orang di Wilayah 12.
Bagi jumlah mangsa hilang pula, 22 orang dilaporkan di Wilayah 11 dan 18 orang di Wilayah 12.
Sementara itu, jumlah keluarga terjejas akibat gempa bumi meningkat kepada 173,000 keluarga, bersamaan kira-kira 724,000 penduduk.
Sehingga laporan ini ditulis, 2,000 keluarga atau 10,000 individu ditempatkan di 34 pusat pemindahan.
Mengenai kerosakan, Mariano berkata sebanyak 725 kemudahan infrastruktur dilaporkan terjejas.
-- BERNAMA-PNA
Kata kunci
Berita terkini
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
- Kesepakatan, Perpaduan Penting Untuk Jayakan Pembaharuan Hijrah - PM
- Golongan Muda Diseru Hayati Semangat Hijrah Untuk Bawa Perubahan Positif - Zulkifli
- RTM Perkukuh Infrastruktur Digital, Lindungi Hak Siaran Eksklusif Piala Dunia
- PGA Rampas 8,800 Helai Kain Batik Seludup Bernilai RM1.84 Juta