BN Johor Anjur Konvensyen 14 Jun Perkukuh Kesatuan Parti
JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor akan dianjurkan pada 14 Jun ini, sebagai medan untuk memperkukuh tekad, kesatuan dan hala tuju perjuangan parti pada peringkat negeri.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan tersebut, dicapai dalam Mesyuarat BN negeri yang berlangsung hari ini.
Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN negeri, berkata mesyuarat itu menjadi platform penting untuk memperhalusi gerak kerja serta mengukuhkan kerjasama antara komponen parti.
“Mesyuarat ini juga menyusun langkah yang lebih tersusun, bagi memastikan agenda Maju Johor terus dipacu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu hari ini.
Beliau berkata dalam mesyuarat tersebut, pihaknya turut mengambil maklum pengumuman rasmi Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kembalinya Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) ke dalam BN.
Sehubungan dengan itu, Onn Hafiz berkata BN Johor menyatakan komitmen padu untuk memperkukuh kerjasama dengan MyPPP, dalam usaha memantapkan lagi kesepaduan serta melancarkan gerak kerja parti di seluruh Johor.
Baru-baru ini, Onn Hafiz mengumumkan bahawa BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri akan datang.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- KPJ Healthcare Terus Memajukan Sistem Kesihatan KPJ, Perluas AI Dalam Penjagaan Kesihatan
- Wakil Media Antara 208 Pemain Golf Beraksi Pada Piala Mazda 2026
- "Buku Bertemu Ruas" Piala Dunia Saksikan Empat Keputusan Seri Sejak 1958
- Uzbekistan Berminat Perkukuh Hubungan Pelaburan, Perniagaan Dengan Malaysia, ASEAN
- Karyawan Berhasrat Serah Resolusi Konvensyen Penggiat Muzik Kepada PM