KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.
Pada 9.42 pagi, kontrak Oktober 2026 menurun empat mata kepada 1,614.0 dan November 2026 berkurangan 4.5 mata kepada 1,615.0.
Kontrak Disember 2026 merosot tiga mata kepada 1.621.50 dan Mac 2027 menyusut 4.5 mata kepada 1.606.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,765 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,148 kontrak.
Pada 10.04 pagi, FBM KLCI menurun 5.38 mata kepada 1,618.32 daripada 1,623.70 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA