KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark selepas menumpaskan gandingan Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di SJF Bank Arena di Odense, pilihan kedua kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menang 21-12, 21-19.
Pada aksi suku akhir esok, pasangan Malaysia itu akan bertemu gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand yang mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia Rachel Allessya-Rose Febi Setianingrum menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-17.
Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan tuan rumah, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-17, 21-18.
-- BERNAMA