NILAI, 15 Okt (Bernama) -- Seorang penjawat awam wanita maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Johari Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Difahamkan, insiden berlaku pada kira-kira 7.30 malam melibatkan mangsa berumur 30-an.
Tinjauan pemberita di kawasan kuarters itu mendapati jasad mangsa masih belum dibawa keluar.
Beberapa anggota polis dan unit forensik turut berada di lokasi manakala orang ramai dilihat berkumpul di sekitar kuarters itu.
-- BERNAMA