Dunia 13/10/2026 03:09 PM

Gabungan Diketuai Arab Saudi Pintas Peluru Berpandu Balistik Di Riyadh

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gabungan Diketuai Arab Saudi Pintas Peluru Berpandu Balistik Di Riyadh
(AP Photo)

ISTANBUL, 13 Okt (Bernama-Anadolu) -- Gabungan diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan pada petang Isnin bahawa pihaknya berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Riyadh, lapor Anadolu Ajansi.

Menerusi hantaran di platform X, gabungan itu mengumumkan bahawa pihaknya telah "memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik" yang dilancarkan ke arah bandar berkenaan.

Pengumuman itu dibuat selepas Pertahanan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa ancaman di Riyadh telah berakhir, beberapa minit selepas amaran awal dikeluarkan berhubung "potensi ancaman".

Riyadh berdepan serangan kumpulan Houthi sejak beberapa hari kebelakangan ini, termasuk serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid selama dua hari yang menyebabkan operasinya digantung sementara.

-- BERNAMA-ANADOLU