Am 08/10/2026 09:16 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut 14 mata kepada 1,591.0, November 2026 merosot 14.50 mata kepada 1,592.0, Disember 2026 turun 13 mata kepada 1,598.0, dan Mac 2027 menguncup 10.5 mata kepada 1,584.5.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 9.132 lot berbanding 8,651 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,437 kontrak daripada 47,922 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 10.77 mata kepada 1,601.01 berbanding 1,611.78 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA