Am 08/10/2026 09:08 PM

Seorang Maut, Seorang Cedera Dalam Nahas Babit Dua Kereta

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Seorang Maut, Seorang Cedera Dalam Nahas Babit Dua Kereta
Kredit: JBPM Perak

IPOH, 8 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Civic dan Proton Saga di Lebuhraya Ipoh-Lumut, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.14 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tiba di lokasi pada 4.21 petang.

“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Kwan Yiu Young, 24, yang tersepit di dalam Honda Civic manakala yang cedera ialah Chan Ring Ket, 34, yang menaiki Proton Saga. 

"Kemalangan itu turut menyebabkan Proton Saga berkenaan musnah terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera bagi memadamkan kebakaran sehingga api dipastikan padam sepenuhnya.

“Bagi kerja-kerja menyelamat, anggota bomba melaksanakan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-- BERNAMA