ISTANBUL, 8 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat runtuh sebahagian di timur Istanbul awal pagi Khamis, menyebabkan tujuh orang terperangkap di bawah runtuhan, kata Gabenor Wilayah Istanbul Davut Gul, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Akibat kejadian itu, empat unit pangsapuri terjejas... anggota penyelamat berjaya mengeluarkan lima orang dari bawah runtuhan. Tujuh lagi masih berada di bawah runtuhan. Komunikasi berjaya diwujudkan dengan empat daripada mereka manakala usaha mencari tiga lagi masih diteruskan,” kata Gul kepada pemberita.
Tiga tingkat bangunan tujuh tingkat itu runtuh pada 5.40 pagi waktu tempatan (2.40 pagi GMT) pada Khamis di daerah Maltepe.
Bangunan itu dibina pada 1987 dan menempatkan 33 penghuni di 12 unit pangsapuri, kata Gul.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI