KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Arctic 2026 di Vantaa, Finland hari ini.
Pemain ranking ke-56 dunia dan juara edisi 2023 itu mengambil masa 46 minit untuk menewaskan Su Li Yang dari Taiwan 21-17, 21-12 pada pusingan kedua Super 500 yang berlangsung di Energia Arena.
Bagaimanapun, Zii Jia yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan berdepan dengan cabaran getir esok apabila beliau dijadualkan berdepan pemain pilihan kedua dari Perancis, Christo Popov.
Popov terlebih dahulu menewaskan wakil India, Tharun Mannepalli 21-14, 21-19.
Sementara itu, beregu campuran negara Jimmy Wong-Cheng Su Yin terpaksa akur apabila tersingkir selepas gagal mengekalkan rentak kemenangan pada set pertama 21-19 sebelum tewas kepada gandingan Jepun, Akira Koga-Natsu Saito 7-21, 11-21.
-- BERNAMA