Dunia 08/10/2026 02:40 PM

China Rekod Lebih 61 Juta Pergerakan Pelawat Asing Dalam Tempoh Lapan Bulan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
China Rekod Lebih 61 Juta Pergerakan Pelawat Asing Dalam Tempoh Lapan Bulan

BEIJING, 8 Okt (Bernama-CMG) -- China merekodkan lebih 61.28 juta pergerakan keluar masuk pelawat asing di pintu sempadan seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos 2026, meningkat 19.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA).

Data platform pelancongan dalam talian turut menunjukkan purata tempoh penginapan pelancong asing di China meningkat 11 peratus kepada 5.1 hari.

Sepanjang cuti Hari Kebangsaan China tahun ini, tempahan pakej pelancongan oleh pelancong asing terus meningkat, dengan Asia Timur, Asia Tenggara, Eropah dan Oceania antara rantau utama penyumbang kedatangan pelancong ke negara itu.

Sementara itu, pelbagai platform pintar turut diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta menambah baik pengalaman pelancong asing sepanjang berada di China.

Platform berkenaan memudahkan pelancong merancang jadual perjalanan, menempah tiket masuk ke pelbagai destinasi pelancongan serta melakukan pembayaran rentas sempadan.

-- BERNAMA-CMG