Dunia 08/10/2026 10:08 AM

Gempa Bumi M4.8 Landa Timur Jepun Termasuk Wilayah Chiba

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi M4.8 Landa Timur Jepun Termasuk Wilayah Chiba

TOKYO, 8 Okt (Bernama-Kyodo) -- Gempa bumi dengan magnitud awal 4.8 (M4.8) melanda timur Jepun awal Khamis, dengan gegaran dirasai di Wilayah Chiba, menurut agensi cuaca, lapor Kyodo News.

Gempa pada 4:13 pagi itu berpunca di bahagian timur laut wilayah tersebut pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, mencatatkan 4 pada skala keamatan seismik Jepun di Asahi, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Gegaran turut dirasai di wilayah jiran, termasuk Ibaraki.

Kira-kira tiga jam kemudian, gempa bumi dengan magnitud awal 4.0 menggegarkan Prefektur Ibaraki, merekodkan 3 pada skala keamatan seismik di Hitachiomiya.

Tiada tsunami dicetuskan oleh dua gegaran itu.

-- BERNAMA-KYODO