Am 08/10/2026 10:07 AM

Polis Tahan Lelaki Myanmar Disyaki Bunuh Rakan Senegara 

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Polis Tahan Lelaki Myanmar Disyaki Bunuh Rakan Senegara 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Taman Maluri, Cheras, di sini semalam, kerana disyaki membunuh rakan senegaranya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia awal 30-an yang tidak bekerja dan tiada rekod lampau itu ditahan bersama sebilah gunting dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan.

Beliau berkata mangsa yang berusia awal 20-an disahkan meninggal dunia pada 10 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akibat kecederaan parah di bahagian perut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan suspek utama di sebuah premis di sekitar kawasan Taman Maluri, lebih kurang 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan termasuk proses bedah siasat di Pusat Forensik HCTM.

-- BERNAMA