PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) -- Penyertaan Sustainable Wood DIY Contest 2026 melonjak lebih tiga kali ganda apabila sebanyak 149 penyertaan diterima tahun ini, berbanding 48 penyertaan pada penganjuran sulungnya pada 2024.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 88 penyertaan atau 59 peratus diterima bagi Kategori Pelajar, manakala 61 penyertaan lagi bagi Kategori Awam. Peningkatan ini menunjukkan minat yang semakin tinggi, khususnya dalam kalangan generasi muda, untuk meneroka potensi kayu melalui reka bentuk, penggunaan semula dan penghasilan produk kreatif.