Am 06/10/2026 02:29 PM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga 4 Petang

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga 4 Petang

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah, hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Kota Setar dan Kuala Muda serta Perak (Kerian).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Pulau Pinang dan Perlis, manakala di Sarawak melibatkan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi), Kuching (Lundu) serta Limbang (Limbang).

Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Tambunan, Membakut, Keningau dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Kota Belud), Tawau (Kalabakan, Tawau dan Lahad Datu) serta Kudat (Kota Marudu).

-- BERNAMA