Am 01/10/2026 02:53 PM

Fahmi Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-116 Kepada JAPEN

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Fahmi Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-116 Kepada JAPEN

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-116 kepada Jabatan Penerangan (JAPEN).

Fahmi berkata JAPEN telah lebih satu abad menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat, daripada zaman komunikasi bersemuka dan bahan bercetak, sehinggalah ke dunia digital hari ini.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JAPEN atas komitmen dan khidmat yang tidak pernah putus.

“Sebagai nadi penyampaian maklumat yang sahih dan tepat, teruskan menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat dengan memastikan setiap maklumat, dasar dan perkhidmatan disampaikan dengan jelas, mudah difahami dan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

-- BERNAMA