Am 18/09/2026 12:07 AM

Gempa Bumi Magnitud 3.7 Dikesan 88 Kilometer Dari Sandakan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi Magnitud 3.7 Dikesan 88 Kilometer Dari Sandakan
Kredit : FB Malaysian Meteorological Department

KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) -- Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer Utara dari Sandakan, Sabah pada 10.30 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa itu terletak kira-kira 354 kilometer Selatan dari Palawan, Filipina dan 88 kilometer Utara dari Sandakan, pada kedalaman 392 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA