Am 15/09/2026 08:05 PM

Niaga Hadapan Emas BMD Ditutup Rendah Seiring Penurunan Di COMEX AS

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas BMD Ditutup Rendah Seiring Penurunan Di COMEX AS

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah hari ini berikutan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS). 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2026 susut kepada US$4,273.70 setiap auns troy daripada US$4,295.50 setiap auns troy pada Isnin manakala Oktober 2026 turun kepada US$4,289.20 setiap auns troy daripada US$4,310.80.

Kontrak bagi November 2026 turun kepada US$4,306.00 setiap auns troy daripada US$4,326.60 setiap auns troy semalam manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 semuanya susut kepada US$4,313.80 setiap auns troy daripada US$4,334.40 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 259 lot daripada 302 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 311 kontrak daripada 358 kontrak.

Harga emas fizikal pada US$4,267.10 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 14 Sept 2026.

-- BERNAMA