Dunia 15/09/2026 07:55 PM

Penerbangan Dihentikan Di Itali Akibat Debu Gunung Berapi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Penerbangan Dihentikan Di Itali Akibat Debu Gunung Berapi

CATANIA (Itali), Sept 15 (Bernama-dpa) -- Lapangan terbang Catania di Sicily, Itali ditutup kerana awan abu daripada Gunung Etna, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.

Semua pelepasan dan pendaratan berhampiran bandar itu dibatalkan sehingga petang Selasa, tambah pihak berkuasa.

Berpuluh penerbangan terjejas sejak Isnin, termasuk banyak penerbangan antarabangsa.

Gunung berapi paling aktif di Eropah itu mengeluarkan abu sejak Ahad.

Awan abu menjulang hingga empat kilometer ke langit, menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV). 

-- BERNAMA-dpa